Wednesday, March 14, 2018

DI MANA DUIT NAK DI LABURKAN ?

PERTAMA SEKALI ANDA PERLU JELAS IAITU :

Aktiviti pelaburan dibuat dengan duit lebihan yang anda ada dan bukannya bertujuan untuk anda buat  dari duit sedia ada untuk menjadi lebih.

Dah Faham kan...

Tukarkanlah duit tunai kepada harta produktif yang memberikan cashflow dalam bentuk dividen atau hasil sewaan seperti melabur dalam private company, public listed company atau hartanah.

1. Jangan letak duit anda yang  banyak dalam akaun simpanan semasa atau savings account. Ini kerana ianya mempunyai kadar pulangan tahunan yang cukup rendah dan pulangan anda akan habis dimakan inflasi tahunan dan zakat tahunan.

2. Jika anda mempunyai jumlah wang yang banyak dan memilih untuk rendah risiko inilah pelaburan yang anda perlu terlibat iaitu  Jenis Akaun fixed deposit. Dalam keadaan sekarang ianya memberi pulangan di antara 3-4% setahun. Sesuai untuk individu yang memerlukan kemudahan kredit dari pihak bank.
 
3. Unit trust jenis  kategori fixed income. Ianya juga berisiko rendah dan ianya membeli bon / bon patuh Shariah. Pulangannya sekitar antara 3-6% setahun. Sesuai bagi individu yang mempunyai akaun ASB sudah penuh , atau mahu pilihan lain selain Tabung Haji.

4. Tabung Haji juga memberikan pulangan sekitar 5-6%, ini adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mahu membuat tabungan menunaikan haji bagi jangka masa sederhana dan panjang.

5. ASB memberikan pulangan sekitar 7-8%. Anda boleh menyimpan bagi memenuhkan kuota ASB dahulu sebelum membuat pelaburan di tempat lain.

6. Unit trust kategori ekuiti memberikan berpotensi pulangan sehingga 10-15%. Tidak sesuai untuk mereka yang tak boleh tengok dan mahu marah-marah apabila pulangan tahunan ialah negatif bagi tahun-tahun tertentu.

7. Beli saham syarikat Sdn Bhd boleh mendapat untung yang terbesar tetapi kena buat kajian terperinci sendiri. Tidak ada regulator seperti Bursa Malaysia yang kawal selia. Untuk high net worth / sophisticated investor, kalian ada pilihan untuk melabur menerusi private equity fund yang lebih terkawal risikonya.

8. Beli saham syarikat berhad di Bursa Malaysia berpotensi untuk dapat untung lebih dari 10% setahun. Tak sesuai untuk mereka yang mudah sakit jantung semasa tengok harga saham jatuh.

9. Beli hartanah untuk disewakan. Carilah hartanah yang dapat beri rental yield yang lebih baik dari Tabung Haji. Kalau dapat rental yield yang lebih tinggi dari ASB itu lagi bagus.

10.Real estate investment trust. REIT. Untuk ANDA yang berhasrat merasa hasil sewaan dari hartanah mahal macam KLCC, hospital dan pasaraya tapi tak mampu nak beli seorang diri.

Kalau diberikan pilihan , Saya akan memilih No 6 .

MATLUMAN
Saya adalah salah seorang konsultan yang berdaftar di bawah Phillip Mutual Berhad. Saya bebas menjual hampir kesemua produk unit trust dan PRS yang ditawarkan dalam pasaran. Oleh kerana itu, saya hanya akan mengesyorkan fund yang terbaik sahaja kepada pelabur. BESTKAN

πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»

Two Rules of Investing
Never lose your Money
Never Forget Rules No 1
~ Warren Buffett ~

πŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”Ί

 ARTIKEL POPULAR :

JOM DAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT/PENASIHAT PELABURAN

KLIK DI SINI 
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768

COVER SELURUH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG.
UNIT TRUST PATUH SYARIAH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG

Jadilah pelabur yang bijak untuk diri anda sendiri

DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should not be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
Eastspring | CIMB Principal | Affin Hwang | AmInvest (AmFunds) | RHB | PMB Investment | Kenanga | Manulife | Maybank | Pheim | KAF | TA Investment | AMB | Libra | BIMB Investment | Inter Pacific | UOB | MIDF Amanah | Amanahraya Investment | Pacific | Opus | Aberdeen | Phillip Mutual

Monday, March 5, 2018

 5 KELEBIHAN UNIT TRUST

Setiap instrumen pelaburan ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Untuk artikel kali ini, mari kita pelajari apakah kelebihan unit trust . Di sini kami senaraikan 5 kelebihan melabur didalam unit trust yang mungkin anda tidak tahu.

Kelebihan Unit Trust #1 : 

Diuruskan oleh Profesional Fund Manager.

Fund Manager adalah mereka yang menguruskan dana unit trust. Mereka adalah ‘expert’ didalam industri pelaburan. Bukan senang-senang seseorang itu mahu menjadi fund manager. Fund manager perlua mempunyai pengalaman dalam pelaburan saham, bond dan instrumen lain serta mempunyai sijil professional.
Bagi kita yang masih baru dalam dunia pelaburan atau mungkin tiada masa untuk ‘monitor’ pelaburan, adalah lebih baik jika kita ‘leverage’ kan kepakaran melabur kepada fund manager.

Kelebihan Unit Trust #2 :  

Mudah Dicairkan.

Bagi pelaburan unit trust, tiada tempoh matang yang ditetapkan. Anda boleh ‘enter’ dan ‘exit’ bila-bila masa yang anda mahu. Berbeza dengan sesetengah pelaburan yang mempunyai tempoh seperti ASBF.
Tempoh masa yang sesuai bagi pelaburan unit trust adalah ‘medium to long term’. 3 tahun sudah dianggap sebagai ‘medium’. Perkara supaya anda dapat memaksimakan hasil pelaburan anda.

Kelebihan Unit Trust #3 :  

Diversify portfolio.

Jika anda melabur dalam unit trust anda melabur dalam portfolio yang ‘diversify’. Sebagai contoh, jika anda melabur dalam dan ekuiti(saham), anda melabur dalam pelbagai syarikta, bezeza jika anda melabur ‘direct’ dalam saham. Anda hanya boleh beli beberapa kaunter sahaja kerana modal yang ‘limited’.
Selain ekuiti, anda juga boleh melabur dalam dana ‘bond’ dan ‘money market. Terdapat pelbagai jenis dana yang ada dari pelabagai kelas aset yang ada dalam pelaburan unit trust.

Kelebihan Unit Trust #4 :  

Modal rendah.

Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk melabur dalam unit trust. Dengan modal serendah RM100 anda sudah memiliki saham syarikat GERGASI seperti TNB,Axiata, Maxis dan Sime Darby.
Jika anda ingin membeli saham sendiri, anda perlu beli minimum sebanyak 1 lot = 100 unit. Contohnya anda ingin membeli saham TNB yang berharga RM14.00. Anda memerlukan modal sebanyak RM1,400 untuk membeli 1 lot TNB.

Kelebihan Unit Trust #5 :  

Bersifat Compounding Effect.

Dalam pelaburan, compounding effect adalah antara perkara yang penting. Kesan ‘compounding’ akan lebih terlihat jika anda melabur untuk ‘long term’. Jika anda melabur RM100 setiap bulan dengan pulangan sebanyak 10% selama 25 tahun, anda bakal memperolehi RM132,328. Lebih awal anda bermula lebih untung.

Terdapat lebih 300+ dana dengan peratusan keuntungan mencapai 10%-12%! malah ada juga yang lebih dan kurang.
Jadi penting dan AMAT PENTING untuk mengkaji dahulu performance dana yang anda ingin laburkan.

⏬ 
 MATLUMAN
Saya adalah salah seorang konsultan yang berdaftar di bawah Phillip Mutual Berhad. Saya bebas menjual hampir kesemua produk unit trust dan PRS yang ditawarkan dalam pasaran. Oleh kerana itu, saya hanya akan mengesyorkan fund yang terbaik sahaja kepada pelabur. BESTKAN

πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»πŸ”»

Two Rules of Investing
Never lose your Money
Never Forget Rules No 1
~ Warren Buffett ~

πŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”ΊπŸ”Ί

 ARTIKEL POPULAR :

JOM DAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT/PENASIHAT PELABURAN

KLIK DI SINI 
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768

COVER SELURUH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG.
UNIT TRUST PATUH SYARIAH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG

Jadilah pelabur yang bijak untuk diri anda sendiri

DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should not be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
Eastspring | CIMB Principal | Affin Hwang | AmInvest (AmFunds) | RHB | PMB Investment | Kenanga | Manulife | Maybank | Pheim | KAF | TA Investment | AMB | Libra | BIMB Investment | Inter Pacific | UOB | MIDF Amanah | Amanahraya Investment | Pacific | Opus | Aberdeen | Phillip Mutual

Monday, February 26, 2018

SKIM PELABURAN AHLI KWSP/EPF DALAM UNIT TRUST DI MALAYSIA

TUJUAN

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

SIMPANAN ASAS

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM228,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

Simpanan Asas ini adalah jumlah minimum yang perlu ada bagi seseorang ahli apabila bersara iaitu bersamaan RM950.00 sebulan selama 20 tahun untuk membiayai keperluan asas persaraan

 KELAYAKAN MEMOHON

1. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; 

2. Ahli yang layak memohon adalah: 

- Warganegara Malaysia; ATAU

- Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; 

ATAU

- Bukan warganegara Malaysia yang telah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; 

ATAU

- Telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

IPD Yang Dibenarkan
Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang dilantik. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan, sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi di laman web KWSP.

2. Kekerapan Pelaburan
Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh permohonan terdahulu, tertakluk kepada baki yang ditetapkan dalam Akaun 1.
Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang dilantik. Hanya satu IPD sahaja yang dibenarkan pada satu masa.

3. Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri
Ahli tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.

4. Tanggungan Risiko Pelaburan
Ahli bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan yang dibuat dan KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian.
Ahli juga diingatkan supaya membaca dan memahami secara menyeluruh Prospektus Dana daripada IPD sebelum membuat keputusan untuk melabur di Syarikat Pengurusan Unit Amanah.

5. Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP
Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1. Ahli tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.

6. Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan
Ahli tidak akan memperolehi sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan.

7. Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD
Pelaburan ahli dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD berkenaan.

8. Bayaran Perkhidmatan
Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.

Walau bagaimanapun, ahli adalah diingatkan bahawa terdapat bayaran-bayaran yang dikenakan oleh IPD kepada ahli yang melabur dengan IPD.

9. Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan
KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan ahli di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan ahli di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan selepas ahli mencapai 55 tahun adalah di antara ahli / waris dengan pihak IPD.

10. Penamaan

Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli di KWSP. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkaitan.

11. Pemegang Akaun Simpanan Shariah
Ahli yang telah membuat pilihan ke Akaun Simpanan Shariah hanya dibenarkan untuk membuat pelaburan ke Unit Amanah dalam produk Patuh Shariah yang disenaraikan oleh KWSP berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.

AMAUN PELABURAN YANG LAYAK DIPINDAHKAN

Ahli boleh memindahkan amaun simpanan seperti berikut :-
 Sehingga 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
 Jumlah miminum amaun pelaburan adalah RM1,000.00
 Formula pengiraan:
(Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%

KAEDAH BAYARAN

KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan ahli secara terus kepada IPD berkenaan.

DOKUMEN UTAMA

KAEDAH BAYARAN
1. Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) Borang KWSP 9N (AHL) boleh diperolehi daripada IPD yang dipilih oleh ahli untuk tujuan pelaburan.

2. Kad Pengenalan Diri
 MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR); 

ATAU

 Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri); 

ATAU

 Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

SUMBER SAHIH :  KELAYAKAN PENGELUARAN AHLI KWSP