APA ITU UNIT AMANAH/UNIT TRUST?
Dalam
bahasa Malaysia dipanggil = "unit amanah"
Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil = "unit trust"
Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil = "unit trust"
Tapi di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust.
Dari segi
definisi menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih
dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM):
Skim unit amanah atau UTS (Unit Trust Scheme) merupakan suatu bentuk
pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif
pelaburan yang sama supaya mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang
tersebut dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang
diuruskan oleh profesional pelaburan.Pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih
oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil
pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka
laburkan di dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh Profesional yang mahir dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat
Pengurusan Unit Amanah atau dikenali dengan Unit Trust Management
Company (UTMC).
Contoh : Phillip Mutual
KONSEP PELABURAN UNIT AMANAH :
"Konsep pelaburan Unit Amanah" adalah istilah umum yang merangkumi pelbagai
jenis peluang pelaburan terkumpul yang tersedia untuk pelabur.
sebilangan pelabur menyerahkan simpanan mereka
kepada UTMC.
UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam
pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun
aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia
atau pasaran ekuiti di luar negara.
UTMC ini mestilah yang diluluskan
oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission) dan terikat
dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak
lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini
demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang
Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.
Pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/stocks secara terus
dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit
dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’
(unit-holders).Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu
syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah
amanah yang diwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat
ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah
(trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah
ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.
MATLUMAN
Saya adalah salah seorang konsultan yang berdaftar di bawah Phillip Mutual Berhad. Saya bebas menjual hampir kesemua produk unit trust dan PRS yang ditawarkan dalam pasaran. Oleh kerana itu, saya hanya akan mengesyorkan fund yang terbaik sahaja kepada pelabur. BESTKANπ»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»
Two Rules of Investing
Never lose your Money
Never Forget Rules No 1
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
ARTIKEL POPULAR :
- PANDUAN ASAS SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN
- JOM MENDAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT
- ANALISIS PERCUMA UNTUK PELABUR
- DANA TERBAIK TAHUN 2017
JOM DAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT/PENASIHAT PELABURAN
KLIK DI SINI
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768
COVER SELURUH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG.
UNIT TRUST PATUH SYARIAH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG
Jadilah pelabur yang bijak untuk diri anda sendiri
DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should not be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
Eastspring
| CIMB Principal | Affin Hwang | AmInvest (AmFunds) | RHB | PMB
Investment | Kenanga | Manulife | Maybank | Pheim | KAF | TA Investment |
AMB | Libra | BIMB Investment | Inter Pacific | UOB | MIDF Amanah |
Amanahraya Investment | Pacific | Opus | Aberdeen | Phillip Mutual
No comments:
Post a Comment