Dana Unit Amanah Terbaik 2017
Saya mulakan dengan perkongsian tentang dana unit amanah terbaik 2017.
Mungkin
ramai dah sedia maklum, unit amanah, atau unit trust, merupakan salah
satu peluang pelaburan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia.
Maklumlah,
modal permulaan yang rendah, kos yang mampu ditanggung, bilangan dana
yang pelbagai, gerak kerja ejen dan syarikat yang tersusun, menarik
minat orang ramai untuk memilih unit amanah sebagai salah satu peluang
pelaburan yang perlu diceburi.
Salah
satu dana unit amanah yang popular adalah Amanah Saham Bumiputera (ASB)
yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
Ya, ASB adalah dana unit amanah, namun lebih ramai yang menganggapnya sebagai simpanan berbanding pelaburan.
Ini kerana ASB boleh dikatakan berisiko rendah dan harganya tetap, malah pulangannya juga menarik.
Tetapi,
untuk perkongsian kali ini, saya nak membandingkan prestasi dana unit
amanah patuh-syariah daripada syarikat-syarikat pengurus dana yang lain,
seperti
CIMB-Principal
Affin Hwang
Kenangan Investors
Eastprint Investment
PMB Investment dan banyak lagi.
Data yang saya akan gunakan sebagai rujukan adalah daripada Morningstar Malaysia bertarikh 29 Disember 2017, iaitu hari terakhir urusniaga pada tahun 2017.
Sebagai perbandingan prestasi pula, kita boleh guna pulangan ASB sebagai indikator.
Secara kiraan mudahnya (ambil kira dividen sahaja), pulangan terkompoun ASB adalah seperti yang berikut:
- 1 tahun = 7.25%
- 3 tahun = 7.08%
- 5 tahun = 7.29%
- 10 tahun = 7.36%
Kalau simpan RM 10,000 dalam ASB 1, 3, 5 dan 10 tahun dahulu, jumlah sekarang adalah:
- 1 tahun = RM 10,725
- 3 tahun = RM 12,279
- 5 tahun = RM 14,127
- 10 tahun = RM 20,352
Kiranya, kalau pulangan dana unit amanah tidak mengatasi pulangan ASB, lebih baik melabur dalam ASB sahaja.
Saya juga akan fokus kepada dana-dana unit amanah patuh-syariah sahaja, dan susun mengikut kategori dana.
Tanpa buang masa, jom kita lihat dana unit amanah terbaik 2017, kategori patuh-syariah.
Kategori 1 – Dana ekuiti Malaysia ( Large-Cap )
Dana-dana ini melabur di pasaran ekuiti Malaysia, melibatkan kaunter-kaunter saham bermodal besar.
Dana unit amanah terbaik 2017 bagi kategori ini adalah (dalam kurungan adalah jumlah pelaburan jika melabur RM 10,000 pada awal setiap tempoh tersebut)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 1 tahun :
- BIMB-i Growth = 31.16% (RM 13,116)
- PMB Shariah Premier = 30.45% (RM 13,045)
- KAF Tactical Fund = 28.19% (RM 12,819)
- Affin Hwang Aiiman Equity = 25.45% (RM 12,545)
- PMB Shariah Dividend = 24.82% (RM 12,482)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 3 tahun :
- PMB Shariah Premier = 9.22% (RM 13,029)
- PMB Shariah Dividend = 7.62% (RM 12,465)
- CIMB Islamic DALI Equity = 5.57% (RM 11,766)
- KAF Tactical Fund = 5.38% (RM 11,702)
- Affin Hwang Aiiman Equity = 4.77% (RM 11,500)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 5 tahun :
- Eastspring Investment Dana al-Ilham = 9.61% (RM 15,822)
- CIMB Islamic Euity Aggressive = 8.18% (RM 14,816)
- CIMB Islamic DALI Equity = 7.97% (RM 14,673)
- Am Islamic Growth = 7.95% (RM 14,659)
- PMB Shariah Dividend = 7.57% (RM 14,403)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 10 tahun :
- Eastspring Investment Dana al-Ilham = 8.31% (RM 22,217)
- CIMB Islamic DALI Equity Growth = 6.44% (RM 18,666)
- Am Islamic Growth = 5.94% (RM 17,807)
- PMB Shariah Premier = 5.77% (RM 17,524)
- CIMB Islamic DALI Equity = 5.18% (RM 16,570)
Kategori 2 – Dana ekuiti Malaysia ( Small/ Medium-Cap )
Dana-dana ini juga melabur di pasaran ekuiti Malaysia, tetapi lebih fokus kepada syarikat-syarikat bermodal sederhana dan kecil.
Bagi kategori ini, dana unit amanah terbaik 2017 adalah:
( PILIHAN )
Bagi tempoh 1 tahun :
- PMB Shariah Small-Cap MYR = 33.30% (RM 13,300)
- PMB Shariah Growth = 32.81% (RM 13,281)
- PMB Shariah Aggressive = 30.10% (RM 13,010)
- Manulife Investment Shariah Progress = 25.33% (RM 12,533)
- MIDF Amanah Islamic = 21.80% (RM 12,180)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 3 tahun :
- PMB Shariah Growth = 12.16% (RM 14,110)
- PMB Shariah Aggressive = 12.07% (RM 14,076)
- Public Islamic Opportunities = 8.93% (RM 12,925)
- Hong Leong Dana Makmur = 8.19% (RM 12,664)
- Manulife Shariah – Dana Ekuiti = 7.90% (RM 12,562)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 5 tahun :
- PMB Shariah Aggressive = 16.29% (RM 21,267)
- Manulife Investment Shariah Progress = 14.63% (RM 19,792)
- PMB Shariah Growth = 12.81% (RM 18,270)
- Public Islamic Opportunities = 12.20% (RM 17,781)
- CIMB Islamic Small Cap = 9.23% (RM 15,549)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 10 tahun :
- Kenanga Syariah Growth = 9.21% (RM 24,134)
- Public Islamic Opportunities = 9.13% (RM 23,958)
- Affin Hwang Aiiman Growth = 8.93% (RM 23,522)
- PMB Shariah Growth = 7.60% (RM 20,803)
- CIMB Islamic Small Cap = 7.51% (RM 20,630)
Ulasan:
Dana-dana unit amanah ekuiti Malaysia, sama ada jenis large-cap atau
small/meidum-cap, memang menjadi pilihan ramai pelabur unit amanah.
Dengan
prestasi pasaran Malaysia yang memberangsangkan pada tahun 2017, maka
banyak dana unit amanah dalam kategori ini memberikan pulangan yang baik
jika dilihat kepada prestasi setahun 2017.
Namun
begitu, jika dilihat prestasi pada tempoh lebih lama, dapat dilihat ada
dana yang memberikan pulangan yang baik, dan ada yang kurang
memberangsangkan.
Inilah
risiko apabila melabur dalam dana unit amanah kategori ini; prestasinya
banyak dipengaruhi oleh naik-turun prestasi pasaran Malaysia.
Sebab itulah amat penting untuk memilih dana yang stabil dan sering menyemak prestasi dana yang disertai.
Kategori 3 – Dana seimbang patuh-syariah bercampur-campur
Dana-dana
ini melabur di pasaran ekuiti dan pasaran tetap (sukuk, pasaran wang)
mengikut peratus pembahagian yang hampir seimbang, sama ada di pasaran
Malaysia dan juga pasaran lain.
Berbanding dana-dana ekuti, dana-dana ini kurang berisiko kerana pelaburan dipelbagaikan dalam pasaran ekuiti dan tetap.
Tetapi, bagaimana pula dengan prestasi mereka?
Jom kita lihat.
Dana unit amanah terbaik 2017 bagi kategori ini adalah:
( PILIHAN )
Bagi tempoh 1 tahun :
- Dana Makmur Pheim = 20.25% (RM 12,025)
- Public Islamic Growth Balanced = 18.96% (RM 11,896)
- BIMB Dana al-Munsif = 17.92% (RM 11,792)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 3 tahun :
- TA Asia Pacific Islamic Balanced = 10.18% (RM 13,375)
- RHB Regional Islamic Balanced = 9.78% (RM 13,230)
- Public Ehsan Mixed Asset Growth = 9.61% (RM 13,169)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 5 tahun :
- Dana Makmur Pheim = 12.61% (RM 18,109)
- Libra Syariah Extra Fund = 7.73% (RM 14,511)
- CIMB Islamic Balanced = 7.01% (RM 14,032)
( PILIHAN )
Bagi tempoh 10 tahun :
- Dana Makmur Pheim = 7.96% (RM 21,509)
- Manulife Investment al-Umran = 5.77% (RM 17,524)
- Apex Dana al-Faiz-i Inc = 5.31% (RM 16,776)

Kategori 4 – Dana bon/sukuk Malaysia
Dana-dana ini melabur dalam produk-produk bon/sukuk patuh-syariah di Malaysia.
Dana-dana ini berisiko rendah, dan kebiasaannya menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu menanggung risiko tinggi.
Dana unit amanah terbaik 2017 bagi kategori ini adalah:
( PILIHAN )
Bagi tempoh 1 tahun :

( PILIHAN )
Bagi tempoh 3 tahun :

( PILIHAN )
Bagi tempoh 5 tahun :

( PILIHAN )
Bagi tempoh 10 tahun :

Kategori 5 – Dana pasaran wang Malaysia
Dana-dana ini fokus kepada pasaran wang patuh-syariah di Malaysia.
Dana-dana ini juga berisiko rendah dan lebih stabil pulangannya.
Bagi kategori ini, dana terbaik 2017 adalah seperti yang berikut:
( PILIHAN )
Bagi tempoh 1 tahun :

( PILIHAN )
Bagi tempoh 3 tahun :

( PILIHAN )
Bagi tempoh 5 tahun :

( PILIHAN )
Bagi tempoh 10 tahun :

Kategori 6 – Dana ekuiti Asia-Pasifik ex. Jepun
Dana-dana
daripada kategori ini mula mendapat perhatian ramai kerana peluang
untuk melabur ke pasaran Asia Pasifik meliputi pasaran negara-negara
yang lebih luas berbanding Malaysia.
Disebabkan pasaran yang lebih luas, jadi dana-dana kategori ini tidak terlalu terpengaruh dengan prestasi pasaran di Malaysia.
Boleh
jadi walaupun prestasi pasaran Malaysia tidak memberangsangkan, tetapi
dana-dana ini boleh meberi pulangan yang baik kerana dana-dana
dilaburkan dan dipelbagaikan ke pasaran luar yang lebih stabil.
Bagi kategori ini, dana unit amanah terbaik 2017 adalah:
( PILIHAN )
Bagi tempoh 1 tahun :

( PILIHAN )
Bagi tempoh 3 tahun :

( PILIHAN )
Bagi tempoh 5 tahun :

( PILIHAN )
Bagi tempoh 10 tahun :

Penutup
Memang
sukar nak mencari dana unit amanah yang memberikan pulangan terbaik
yang konsisten sama ada bagi tempoh pendek mahupun tempoh panjang.
Ada dana yang cemerlang dalam tempoh pendek, tetapi tidak bagi tempoh panjang, dan juga sebaliknya.
Apa-apa
pun, bagi yang melabur dalam unit amanah, pastikan anda sentiasa
menyemak dan menilai prestasi pelaburan masing-masing, sama ada pulangan
yang diperoleh menepati objektif yang dikehendaki atau tidak.
Bagi yang baru nak melabur, pilihlah dana yang terbaik yang memenuhi keperluan, objektif dan toleransi risiko sendiri.
Janganlah
hanya terikut-ikut dengan saranan orang lain, tetapi didik diri-sendiri
supaya berupaya membuat keputusan dan pilihan sendiri.
Sebelum mengakhiri perkongsian ini, suka saya ingatkan, past performance does not indicate future performance.
Dana yang berprestasi baik pada tahun lepas, belum tentu akan menunjukkan prestasi yang sama pada tahun ini.
Apa-apa pun, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri-sendiri.
Semoga mendapat manfaat untuk perkongsian kali ini.
Jumpa lagi!
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini, ya! Terima kasih.
π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»
Two Rules of Investing
Never lose your Money
Never Forget Rules No 1
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
πππππππππππππππππππππππππ
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
πππππππππππππππππππππππππ
ARTIKEL POPULAR :
- PANDUAN ASAS SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN
- JOM MENDAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT
- ANALISIS PERCUMA UNTUK PELABUR
- DANA TERBAIK TAHUN 2017
JOM DAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT/PENASIHAT PELABURAN
KLIK DI SINI
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768
COVER SELURUH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG.
Jadilah pelabur yang bijak untuk diri anda sendiri
DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should not be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
Eastspring
| CIMB Principal | Affin Hwang | AmInvest (AmFunds) | RHB | PMB
Investment | Kenanga | Manulife | Maybank | Pheim | KAF | TA Investment |
AMB | Libra | BIMB Investment | Inter Pacific | UOB | MIDF Amanah |
Amanahraya Investment | Pacific | Opus | Aberdeen | Phillip Mutual
No comments:
Post a Comment