POYO !
Kes referal saya dapat pelanggan saya pagi tadi. Seorang makcik sudah
berumur 60. Tahun depan akan bersara. Gaji sebulan RM20,0000. Waktu makcik ini berumur 55 tahun, beliau sudah dapat RM700,000. Dalam masa setahun duit ini habis. Beliau ada 3-5 kereta mewah. Dan setiap tahun pergi trip ke luar negara 3-7 kali , Tahun depan beliau akan bersara, akan dapat lagi RM700,000 dari KWSP beliau.
Dengan lifestyle beliau. apabila lihat cashflow secara kasar sahaja, Sudah lebih RM10,000 sebulan, Sedangkan duit persaraan makcik ini RM700,000 sahaja. Memang tidak cukup. Ya tak cukup Bagaimana nak buat pengiraan mudah? RM700,000 dimasukkan ke instrumen yang beri return 6% setahun Jadi makcik akan dapat RM42,000 setahun. Dibahagi kepada 12 bulan Makcik hanya ada RM3500 sebulan untuk survive sebulan Pasti tidak cukup. Kereta sahaja sudah melebihi RM5000.
Bagaiamana nak hidup?Melainkan kena bekerja selepas BERSARA
YA BERKERJA SELEPAS BERSARA
Umur sudah 60 tahun, namun duit persaraan tidak cukup Kepada Tuan Puan,Janganlah beli kereta baru dan plan trip sini sana waktu sudah 50-60 tahun Melainkan wang persaraan memang dah terlebih cukup Banyak langkah anda perlu buat untuk buat pengiraan persaraan Ini saya bagi cara mudah nak faham
1. Kira komitmen bulanan anda sekarang
Contoh, Komitmen Ali RM7000 sebulan
2. Kalikan dengan 12 bulan
RM7000 kali 12 = RM84,000
3. Sekarang kita kena kira inflation rate. Sebab komitmen bulanan sekarang dengan komitmen bulanan umur kita bersara nanti pasti akan meningkat
Umur Ali sekarang 40
Nak bersara pada umur 55
Jadi perlu guna Financial Calculator
Pergi ke TVM Calculator.
Letak PV = Jumlah expenses sekarang
Letak Annual Rate = 3% ( Inflation rate)
Letak tempoh berapa tahun lagi ingin bersara: 15 tahun
Tekan FV= Anda akan dapat future value expenses anda = RM10,905
4. Apabila dapat jumlah expenses pada waktu anda bersara nanti.
Expenses kalikan dengan 12 bulan
Selepas itu bahagi 6%
Dapat RM2,013,230
Ini jumlah yang anda perlu ada untuk bersara
Ini kiraan paling mudah. Tidak mengira faktor faktor lain.
5. Anda perlu cek berapa anggaran KWSP/Tunai/ Hartanah anda akan berkembang nanti Buat kiraan mengunakkan compound interest calculator, cukup atau tidak untuk dapat jumlah anda ingin bersara nanti Dalam kes makcik di atas. Beliau hanya boleh dapat RM3500 sahaja sebulan dengan RM700,000 yang akan dapat nanti
Bagaimana dengan komitmen lain? Siapa nak bayar? Nak bayar guna duit apa?
Kan tak cukup
Bayangkan beliau sudah plan trip selepas bersara ke 4 negara. Berapa pula beliau pakai dari RM700,000 tersebut. Nampak banyak tunai RM1,000,000 waktu bersara nanti bukan? Namun belum cukup untuk cover expenses bulanan anda Berjumpalah Perancang Kewangan Berlesen untuk dapatkan khidmat nasihat komprehensif Berjumpa waktu sihat ( kewangan tengah sihat), jangan berjumpa waktu sudah tenat Tiada apa sangat yang 'dirawat' jika sudah lumpuh, baru ingin berjumpa doktor untuk dirawat Tiada masalah ingin melancong atau beli kereta, bagi anak duit belanja.
Tapi cek terlebih dahulu duit persaraan anda. Cukup atau tidak. Jika
cukup dan terlebih, pergilah melancong dan enjoy. Sangat sangat
digalakkan
Saya pun dapat pelanggan duit persaraan terlebih 2
JUTA, saya suggest kepada beliau pergilah buat umrah dan haji, melancong
sana sini, pergilah pondok beribadah, pergi sertai NGO badan kebajikan,
atau simpan duit Tabung Haji anak anak. Tiada masalah. Anda boleh buat
semuanya. Cuma syaratnya mesti anda CUKUP WANG PERSARAAN terlebih dahulu, Amatlah sedih, umur sudah lanjut, 60 tahun. Namun masih bekerja kerana ingin meneruskan hidup dan membayar hutang
It Time Value Money
Lagi lambat anda menyimpan untuk persaraan, lagi rugi anda
Anda mungkin perlu BEKERJA SELEPAS BERSARA
Please SHARE kepada PASANGAN ANDA, AYAH DAN EMAK KITA, ATAU SAUDARA PAKCIK MAKCIK KITA.
Mereka golongan yang sangat perlu merancang sekarang
π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»
Two Rules of Investing
Never lose your Money
Never Forget Rules No 1
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
πππππππππππππππππππππππππ
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
πππππππππππππππππππππππππ
ARTIKEL POPULAR :
- PANDUAN ASAS SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN
- JOM MENDAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT
- ANALISIS PERCUMA UNTUK PELABUR
- DANA TERBAIK TAHUN 2017
JOM DAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT/PENASIHAT PELABURAN
KLIK DI SINI
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768
COVER SELURUH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG.
UNIT TRUST PATUH SYARIAH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG
Jadilah pelabur yang bijak untuk diri anda sendiri
DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should not be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
Eastspring
| CIMB Principal | Affin Hwang | AmInvest (AmFunds) | RHB | PMB
Investment | Kenanga | Manulife | Maybank | Pheim | KAF | TA Investment |
AMB | Libra | BIMB Investment | Inter Pacific | UOB | MIDF Amanah |
Amanahraya Investment | Pacific | Opus | Aberdeen | Phillip Mutual
No comments:
Post a Comment