Dollar Cost Averaging
Bahagian 1
Teknik untuk melabur Unit Trust (Unit Amanah) - Bahagian 1
Menurut : Investing Answer
Dollar Cost Averaging bermaksud
" Strategi dimana seseorang pelabur meletakkan sejumlah Ringgit secara tetap ke dalam pelaburan tertentu ( biasanya Saham ) secara tetap. Pelaburan umumnya berlaku setiap bulan tanpa mengira apa yang berlaku dalam pasaran kewangan "
Kaedah ini adalah cara pembelian Unit Trust Secara Tetap setiap bulan pada nilai RM yang sama tanpa mengira harga Unit Trust tersebut. Para pelabur juga tidak perlu pening kepala untuk memilih dan membeli pada harga yang sempurna kerana matlamatnya ialah " konsistant " dalam pembelian Unit Trust ini jadi jika terjadi turun atau naik harga Unit Trust ini Pelabur dari segi emosi tidak akan terjejas :
Dibawah ialah contoh bagaimana cara " Dollar Cost Averaging "
Dengan hanya melabur secara tetap / konsistant sebanyak RM 3000.00 dari bulan Januari 2018 Sehingga March 2018, Pelabur ini telah berjaya mengumpulkan jumlah Unit sebanyak 8850. Harga secara purata ialah seperti berikut :
A ) Jumlah Ringgit yang Dilaburkan = RM9,000.00
B ) Unit Terkumpul = 8850
C ) Harga Purata Unit : ( Jumlah Pelaburan/Jumlah Unit Terkumpul ) = RM 1.02/ Unit
Jadi apalah maksudnya dengan RM1.02/Unit ?
Oklah, Pasaran Unit Trust pada bulan April 2018 telah naik sebanyak RM 1.50/Unit maka disini sebagai pelabur kita kena semak berapa Jumlah Unit yang ada.
A ) RM 1.50 - RM 1.02 = RM 0.48 X 8850
= RM 4,248 ( UNTUNG )
Apa yang ditunjukkan di atas adalah contoh bagaimana kaedah
DCA berfungsi. Saya harus mengingatkan bahawa kaedah DCA tidak sesuai digunakan
bagi pelaburan jangka pendek (3 tahun atau lebih rendah) disebabkan oleh
sebab-sebab berikut:
Naik turun harga
unit amanah tidaklah agresif seperti apa yang digambarkan di dalam contoh di
atas.
Kaedah ini adalah
perlindungan pelaburan yang asas terutamanya semasa berlaku kegawatan ekonomi
yang boleh bertahan antara 1 hingga 3 tahun. Apabila ekonomi gawat, harga unit
amanah (khususnya unit amanah yang melabur di dalam ekuiti/saham) cenderung
untuk jatuh, sekali gus membolehkan pelabur untuk mengumpul lebih banyak unit
pada harga yang lebih rendah.
Kaedah DCA adalah
sangat efektif untuk pelaburang jangka sederhana dan jangka panjang (5 tahun ke
atas) kerana ia membolehkan pelabur untuk mengumpul sejumlah unit-unit amanah
pada harga yang berbeza di dalam keadaan ekonomi yang sentiasa berubah.
KEBAIKAN PELABUR MENGGUNAKAN TEKNIK DCA:
1.
Pelabur tidak perlu risau tentang bila masa yang sesuai
untuk membeli unit amanah kerana kaedah ini memerlukan pelabur untuk melabur
pada amaun yang konsisten. Inilah juga sebab mengapa pelabur dibenarkan untuk
menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP mereka untuk melabur ke dalam
dana unit amanah. Melabur simpanan KWSP setiap 3 bulan ke dalam dana unit
amanah selama 20-30 tahun adalah petunjuk yang jelas tentang keberkesanan
kaedah DCA.
2. Kebanyakan dana unit amanah mengisytiharkan dividen
tahunan kepada pelabur mereka. Dividen yang diisytiharkan akan dilaburkan
semula ke dalam dana unit amanah dengan membeli unit tambahan. Jumlah dividen
yang diperolehi oleh pelabur bergantung berapa unit dia memegang sebelum
pengisytiharan dividen. Berikut adalah contoh;
- Pelabur A telah mengumpulkan 30,000 unit daripada Dana Unit Amanah Z dengan menggunakan kaedah DCA.
- Dividen yang diisytiharkan oleh Dana Unit Amanah Z adalah RM0.08/unit
- Dividen yang dinikmati oleh pelabur-pelabur A: (30,000 unit x RM0.08/unit) = RM2400
- Jumlah RM2400 akan dilaburkan semula ke dalam dana yang sama dengan membeli unit tambahan pada harga selepas dividen diisytiharkan.
- Si pelabur yang telah melabur secara konsisten melalui kaedah DCA telah berjaya memperolehi bilangan unit tambahan melalui dividen yang dilabur semula
Peranan utama kaedah DCA dalam senario ini adalah untuk
membantu pelabur untuk mengumpul sebanyak mana unit amanah dalam tempoh masa
tertentu. Pengagihan dividen pula membolehkan pelabur untuk menikmati lebih
banyak unit tambahan daripada dividen yang dilaburkan semula. Ibarat teknik ini
adalah seperti kesan "avalanche" dimana bilangan unit amanah akan
terkumpul dengan lebih cepat dan secara langsung menurunkan harga purata unit
amanah yang dipegang oleh anda.
KLIK DI SINI
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768
π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»
Two Rules of Investing
Never lose your Money
Never Forget Rules No 1
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
πππππππππππππππππππππππππ
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
πππππππππππππππππππππππππ
ARTIKEL POPULAR :
- PANDUAN ASAS SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN
- JOM MENDAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT
- ANALISIS PERCUMA UNTUK PELABUR
- DANA TERBAIK TAHUN 2017
JOM DAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT/PENASIHAT PELABURAN
KLIK DI SINI
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768
COVER SELURUH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG.
UNIT TRUST PATUH SYARIAH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG
Jadilah pelabur yang bijak untuk diri anda sendiri
DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should not be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
Eastspring
| CIMB Principal | Affin Hwang | AmInvest (AmFunds) | RHB | PMB
Investment | Kenanga | Manulife | Maybank | Pheim | KAF | TA Investment |
AMB | Libra | BIMB Investment | Inter Pacific | UOB | MIDF Amanah |
Amanahraya Investment | Pacific | Opus | Aberdeen | Phillip Mutual



No comments:
Post a Comment