SKIM PELABURAN AHLI KWSP/EPF DALAM UNIT TRUST DI MALAYSIA
TUJUAN
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.
SIMPANAN ASAS
Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM228,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.
Simpanan Asas ini adalah jumlah minimum yang perlu ada bagi seseorang ahli apabila bersara iaitu bersamaan RM950.00 sebulan selama 20 tahun untuk membiayai keperluan asas persaraan
KELAYAKAN MEMOHON
1. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP;
2. Ahli yang layak memohon adalah:
- Warganegara Malaysia; ATAU
- Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP;
ATAU
- Bukan warganegara Malaysia yang telah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998;
ATAU
- Telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
SYARAT-SYARAT PENGELUARAN
IPD Yang Dibenarkan
Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang dilantik. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan, sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi di laman web KWSP.
Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang dilantik. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan, sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana terkini yang boleh diperolehi di laman web KWSP.
2. Kekerapan Pelaburan
Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh permohonan terdahulu, tertakluk kepada baki yang ditetapkan dalam Akaun 1.
Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang dilantik. Hanya satu IPD sahaja yang dibenarkan pada satu masa.
3. Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri
Ahli tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
4. Tanggungan Risiko Pelaburan
Ahli bertangggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan yang dibuat dan KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian.
Ahli juga diingatkan supaya membaca dan memahami secara menyeluruh Prospektus Dana daripada IPD sebelum membuat keputusan untuk melabur di Syarikat Pengurusan Unit Amanah.
5. Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP
Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1. Ahli tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.
Ahli hendaklah mengembalikan semua amaun yang dilaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1. Ahli tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (‘no leakages’) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.
6. Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan
Ahli tidak akan memperolehi sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan.
7. Jika IPD Yang Terpilih Terkeluar Daripada Senarai IPD
Pelaburan ahli dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD berkenaan.
8. Bayaran Perkhidmatan
Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.
Walau bagaimanapun, ahli adalah diingatkan bahawa terdapat bayaran-bayaran yang dikenakan oleh IPD kepada ahli yang melabur dengan IPD.
9. Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan
KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan ahli di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan ahli di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan selepas ahli mencapai 55 tahun adalah di antara ahli / waris dengan pihak IPD.
10. Penamaan
Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli di KWSP. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkaitan.
11. Pemegang Akaun Simpanan Shariah
Ahli yang telah membuat pilihan ke Akaun Simpanan Shariah hanya dibenarkan untuk membuat pelaburan ke Unit Amanah dalam produk Patuh Shariah yang disenaraikan oleh KWSP berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.
AMAUN PELABURAN YANG LAYAK DIPINDAHKAN
Ahli boleh memindahkan amaun simpanan seperti berikut :-
Sehingga 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
Jumlah miminum amaun pelaburan adalah RM1,000.00
Formula pengiraan:
(Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
Sehingga 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
Jumlah miminum amaun pelaburan adalah RM1,000.00
Formula pengiraan:
(Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
KAEDAH BAYARAN
KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan ahli secara terus kepada IPD berkenaan.
DOKUMEN UTAMA
KAEDAH BAYARAN
1. Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) Borang KWSP 9N (AHL) boleh diperolehi daripada IPD yang dipilih oleh ahli untuk tujuan pelaburan.
1. Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) Borang KWSP 9N (AHL) boleh diperolehi daripada IPD yang dipilih oleh ahli untuk tujuan pelaburan.
2. Kad Pengenalan Diri
MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR);
ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri);
ATAU
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
SUMBER SAHIH : KELAYAKAN PENGELUARAN AHLI KWSP
MATLUMAN
Saya
adalah salah seorang konsultan yang berdaftar di bawah Phillip Mutual
Berhad. Saya bebas menjual hampir kesemua produk unit trust dan PRS yang
ditawarkan dalam pasaran. Oleh kerana itu, saya hanya akan mengesyorkan fund
yang terbaik sahaja kepada pelabur. BESTKAN
KLIK DI SINI
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768
π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»
Two Rules of Investing
Never lose your Money
Never Forget Rules No 1
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
ARTIKEL POPULAR :
- PANDUAN ASAS SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN
- JOM MENDAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT
- ANALISIS PERCUMA UNTUK PELABUR
- DANA TERBAIK TAHUN 2017
JOM DAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT/PENASIHAT PELABURAN
KLIK DI SINI
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768
COVER SELURUH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG.
UNIT TRUST PATUH SYARIAH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG
Jadilah pelabur yang bijak untuk diri anda sendiri
DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should not be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
Eastspring
| CIMB Principal | Affin Hwang | AmInvest (AmFunds) | RHB | PMB
Investment | Kenanga | Manulife | Maybank | Pheim | KAF | TA Investment |
AMB | Libra | BIMB Investment | Inter Pacific | UOB | MIDF Amanah |
Amanahraya Investment | Pacific | Opus | Aberdeen | Phillip Mutual
No comments:
Post a Comment