KENALI PELABURAN HARAM
FORMULA T.I.P.U
Sebelum nak mula keluarkan duit untuk sesuatu perkara,
terutama sekali pelaburan, pastikan kita semak dulu sama ada pelaburan
tu sah ataupun tidak.
Sangat penting supaya kita tak ada lah melebur duit.
Macam mana nak tahu sah ataupun tidak?
Kami nak kongsikan maklumat yang kami dapat dari Bank Negara Malaysia ini. Elakkan diri dari terkena dengan nama yang disenaraikan ini.
–
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai
senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau
kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir
oleh BNM.
- Senarai nama entiti dan laman sesawang [Kemaskini: 20 September 2017]
Senarai ini disusun berdasarkan maklumat, aduan dan pertanyaan yang
diterima oleh Bank Negara Malaysia (Bank) berhubung dengan aktiviti
individu dan entiti yang berkenaan. Senarai ini bukan senarai lengkap
(not exhaustive) dan Bank akan mengemas kini senarai ini dari semasa ke
semasa. Senarai ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada orang
ramai.
Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di
bawah undang-undang yang berkaitan. Mereka juga perlu membuat semakan
dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim
yang ditawarkan. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada Investor Alert dan
maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang boleh didapati di pautan yang
berikut:
Siapakah yang boleh menawarkan perkhidmatan kewangan di Malaysia?
Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans dan pengendali takaful serta
pengurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata
wang (kini dikenali sebagai ‘perniagaan perkhidmatan wang’) yang
diberikan lesen oleh BNM di bawah undang-undang dan peraturan yang
ditadbir oleh BNM dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di
Malaysia.
Senarai penyedia perkhidmatan kewangan boleh didapati di laman sesawang BNM, www.bnm.gov.my melalui pautan yang berikut:
- Senarai institusi kewangan berlesen
- Senarai pengurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang berlesen
Mengapakah pengguna harus berwaspada semasa berurusan dengan entiti atau individu yang tidak dikawal selia?
- Kesannya:
- Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM TIDAK TERPAKAI sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.
- Orang ramai yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang tidak sah juga BOLEH DIDAKWA di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah ini.
- Oleh yang demikian, orang ramai DINASIHATKAN UNTUK TIDAK:
- Berurusan dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah;
- Mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka kepada mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah; dan
- Melibatkan diri atau terbabit dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.
Aktiviti dan entiti kewangan yang diragui dan tidak sah
i) Orang ramai dinasihati untuk memaklumi BNM mengenai sebarang aktiviti atau entiti yang tidak sah dan mencurigakan ke:
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
ii) Antara aktiviti kewangan tidak sah yang bolehdilaporkan kepada BNM ialah:
- Pengambilan deposit secara tidak sah
- Skim perniagaan mata wang asing tidak sah
- Aktiviti perniagaan perkhidmatan kewangan tidak sah
- Amalan pasaran yang tidak wajar oleh pemegang lesen yang dikeluarkan oleh BNM.
- Penyalahgunaan nama BNM, dan nama serta jawatan pegawai kanan BNM.
- Aktiviti kewangan haram lain yang disebut dengan nyata di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
iii) Laporan juga boleh dibuat melalui Pejabat Wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di: Cawangan Bank Negara Malaysia
iv) Orang ramai juga boleh membuat semakan dengan agensi penguat kuasa lain untuk pengesahan aktiviti-aktiviti yang berkaitan:
- Suruhanjaya Sekuriti: www.sc.com.my
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) : www.kpdnkk.gov.my
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia : www.skm.gov.my
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia : www.skmm.gov.my
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia : www.ssm.com.my
- Polis Diraja Malaysia : www.rmp.gov.my
Bagaimanakah untuk mengenalpasti skim tidak sah?
Orang ramai dinasihati untuk berwaspada
dan tidak terpedaya dengan skim tersebut. Sentiasa berhati-hati dan
perhatikan ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim ini seperti yang
berikut:
- Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan.
- Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
- Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.
- Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.
- Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
- Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.
Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila
pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan.
Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau
pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka.
–
Seboleh-bolehnya kami tak nak korang melebur duit yang dilaburkan. Elakkan jadi mangsa penipuan pelaburan yang tidak sah.
Kalau sebelum ni korang tak tahu, tak apa. Mulakan cakna dari sekarang. Melabur menggunakan ilmu. Boleh?
Ilmu ini bermanfaat untuk korang? Tolong kami SHARE kat keluarga dan
kawan-kawan korang yang masih tak tahu tentang pelaburan yang tak sah.
Moga ilmu macam ni dapat bantu mereka.
MATLUMAN
Saya adalah salah seorang konsultan yang berdaftar di bawah Phillip Mutual Berhad. Saya bebas menjual hampir kesemua produk unit trust dan PRS yang ditawarkan dalam pasaran. Oleh kerana itu, saya hanya akan mengesyorkan fund yang terbaik sahaja kepada pelabur. BESTKANπ»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»π»
Two Rules of Investing
Never lose your Money
Never Forget Rules No 1
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
~ Warren Buffett ~
πΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊπΊ
ARTIKEL POPULAR :
- PANDUAN ASAS SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN
- JOM MENDAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT
- ANALISIS PERCUMA UNTUK PELABUR
- DANA TERBAIK TAHUN 2017
JOM DAFTAR UNIT TRUST CONSULTANT/PENASIHAT PELABURAN
KLIK DI SINI
untuk matlumat yang terperinci atau hubungi saya Tn Ahmad 0198527768
COVER SELURUH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG.
UNIT TRUST PATUH SYARIAH SABAH / SARAWAK / SEMENANJUNG
Jadilah pelabur yang bijak untuk diri anda sendiri
DISCLAIMER : Past performance does not reflect future performance. All information in this article / blog is for educational purposes only and should not be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. Please refer to your agent for details explanation. Thanks.
================================
Eastspring
| CIMB Principal | Affin Hwang | AmInvest (AmFunds) | RHB | PMB
Investment | Kenanga | Manulife | Maybank | Pheim | KAF | TA Investment |
AMB | Libra | BIMB Investment | Inter Pacific | UOB | MIDF Amanah |
Amanahraya Investment | Pacific | Opus | Aberdeen | Phillip Mutual
No comments:
Post a Comment